Friday 19 October 2012

Jenis analisis data – statistik deskriptif

Dalam kajian kuantitatif sebagai contohnya melalui kaedah tinjauan (survey), terdapat beberapa jenis analisis data bergantung kepada jenis kaedah pengumpulan data. Jenis analisis data terbahagi kepada dua jenis utama iaitu sama ada menggunakan analisis statistikal deskriptif ataupun analisis statistikal inferensi.
Statistikal deskriptif ialah menganalisis data secara peratusan, frekuensi serta dengan menggunakan Measure of central tendency (MCT) (ukuran kecenderungan memusat) – min, mod dan median. Dalam statistik deskriptif, jenis analisis data sering melibatkan analisis bivariat iaitu dengan hanya menggunakan satu pemboleh ubah sahaja. Selalunya dalam bab analisis data, untuk faktor demografi seperti jantina, umur dan juga pendidikan kita sering menggunakan peratusan dan frekuensi. Sebagai contohnya peratusan dan jumlah responden lelaki dan perempuan. Bagi pemboleh ubah seperti umur, kita juga boleh mengenal pasti min iaitu purata umur responden contohnya.

Bagi MCT iaitu min, mod dan median – Min ialah skor purata data. Mod pula skor data yang paling kerap/banyak – kekerapan tertinggi. Manakala median ialah skor yang ada di tengah-tengah yang dapat membahagikan data kepada dua bahagian.
Dalam statistikal deskriptif selain MCT, measure of dispersion (ukuran serakan) juga turut dibincangkan iaitu range, variance dan standard deviation.
Kalau masuk kelas statistik, ini adalah di antara topik-topik awal yang akan dibincangkan sebelum dipanjangkan dengan topik-topik statistikal inferensi. Asas fungsi statistik ialah untuk menguruskan dan menterjemahkan data supaya dapat difahami. Selalunya untuk statistik deskriptif ini jadual taburan kekerapan (frequency table) dibuat untuk membaca data dengan senang.

Kelas statistik bukanlah kelas yang susah dan menyeramkan. Yang pasti pelajar perlu minat dan bersedia untuk mencabar diri dengan nombor-nombor. Senang bukan! Dalam ilmu statistik bukan macam ilmu matematik. Nak faham statistik kena faham keseluruhan research kita. Yang paling penting kena faham objektif kajian barulah boleh diselarikan dengan jenis pengumpulan data dan jenis analisis data. Sebagai contohnya jika objektif kajian kita mengenai tahap kemahiran berkomunikasi dalam kalangan responden. Dan kita gunakan reka bentuk survey dan instrumen soal selidik bagi mendapatkan data. Jenis analisis data kita seharusnya menggunakan statistik deskriptif dengan frekuensi. Kenapa? Kerana ia merupakan analisis bivariat iaitu menggunakan hanya satu pemboleh ubah sahaja – tahap kemahiran berkomunikasi. Dan kita hanya melihat frekuensi iaitu taburan kekerapan responden yang berkomunikasi dengan instrumen – ciri-ciri kemahiran berkomunikasi mereka.

No comments:

Post a Comment