Friday, 30 November 2012

ANALISIS INFERENSI


Tulisan yang dikaitkan 'Inferensi'

Inferensi Statistik

Inferensi statistik adalah pengambilan kesimpulan tentang parameter populasi berdasarkan analisa pada sampel. Beberapa hal yang perlu diketahui berhubungan dengan inferensi statistik iaitu estimasi titik, estimasi interval dan uji hipotesis. Estimasi titik adalah menduga nilai tunggal parameter populasi. Estimasi Interval adalah menduga nilai parameter populasi dalam bentuk interval.
Uji hipotesis adalah suatu proses untuk menentukan apakah dugaan tentang nilai parameter /karakteristik populasi didukung kuat oleh data sampel atau tidak.
Hipotesis dalam inferensi statistik dibezakan menjadi hipotesis nol (Ho), iaitu hipotesis yang akan diuji oleh suatu prosedur statistik, biasanya berupa suatu pernyataan tidak adanya perbezaan atau tidak adanya hubungan, dan hipotesis alternatif (H1), iaitu hipotesis yang merupakan lawan dari Ho biasanya berupa pernyataan tentang adanya perbezaan atau adanya hubungan, yang selanjutnya digunakan untuk menunjukan bahwa pernyataan mendapat sokongan kuat dari data.
Tahap-tahap uji hipotesis secara umum, iaitu:
1. Tentukan model probabiliti yang betul dari data,
2. Tentukan hipotesis Ho dan H1,
3. Tentukan statistik penguji,
4. Tentukan tingkat signifikan,
5. Tentukan daerah kritik berdasarkan tingkat signifikan,
6. Hitung statistik penguji,
7. Alternatif, hitung p-value berdasarkan statistik penguji, dan
8. Ambil kesimpulan berdasarkan poin 6 dan 7.

 

Statistik: Sejarah dan Makna

Sejarah Singkat Statistik
Penggunaan metod statistik dalam penelitian ilmiah dirintis pertama kali oleh F. Galton sejak tahun 1880 iaitu penggunaan korelasi dalam penelitian biologi. Akhir abad 19 Karl Pearson mempelopori penggunaan metod statistik dalam pelbagai penelitian biologi dan pemecahan masalah yang bersifat sosio-ekonomis. Pada tahun 1918-1935, R. Fisher memperkenalkan Analisis Variasi ke dalam literatur statistik. Sejak saat itu penggunaan statistik semakin meluas dari bidang biologi dan pertanian ke bidang-bidang lainnya.

Erti Statistik
Statistik diambil dari bahasa latin “status” yang bererti negara. Statistik bererti keterangan-keterangan yang diutarakan negara dan berguna bagi negara. Statistik hanya dikaitkan dengan pengajian fakta-fakta dan angka-angka tentang situasi perekonomian, kependudukan dan politik di suatu negara.
Contoh:
Statistik tenaga kerja
Statistik produksi pertanian
Sebagai suatu disiplin ilmu Statistik adalah sekumpulan konsep dan metod tentang pengumpulan, pengajian, analisis dan interprestasi data kuantitatif bidang kegiatan tertentu dan pengambilan kesimpulan dalam situasi dimana ada ketidakpastian dan variasi.
Jika yang dibahas hanya terbatas pada pengumpulan, pengajian dan analisis data, dinamakan statistik deskriptif. Namun demikian, jika semua dibahas dengan penekanan pada interprestasi data dan pengambilan kesimpulan disebut statistik induktif atau statistik inferensi.




Friday, 23 November 2012

how to write an article


GARIS PANDUAN PENULISAN HASIL KAJIAN ILMIAH




GARIS PANDUAN PENULISAN HASIL KAJIAN ILMIAH

1.       Halaman judul
·         Nama penulis dan institusi
·         Gelaran sebenar sendiri yang pendek
·         Tentukan sebenar artikel

2.       Abstrak
·         Mengandungi hipotesis
·         Ada sinopsis kaedah yang digunakan
·         Ada sebutan ringkas perkara
·         Mengandungi kesimpulan berdasarkan keputusan
·         Ada prosedur mereka bentuk
3.       Ulasan karya
·         Mengapa kajian sedang dijalankan
·         Bagaimana ia ditambah kepada pengetahuan
·         Lebih pendek daripada karya asal

4.       Metodologi
·         Gambaran bagi konteks kajian
·         Apa jenis kajian
·         Apa penentuan asal kajian
·         Justifikasi untuk sampel

5.       Keputusan
·         Merupakan bahagian tentang hasil dapatan kajian anda
·         Berbentuk teks deskriptif, jadual dan angka


ETIKA DALAM PENULISAN HASIL KAJIAN

·         Elakkan isu sensitif
·         Rahsiakan maklumat responden
·         Ikut prosedur yang betul agar tidak timbul masalah lain

GAYA PENULISAN HASIL KAJIAN

1.       Struktur ayat
·         Ayat ringkas, mudah dengan menggunakan subjek – verba - objek

2.       Kata kerja hidup
·         Kurangkan penggunaan ayat pasif

3.       Bahasa yang piawai
·         Bahasa pasar tidak elok digunakan kecuali dalam cerita fiksen
·         Bahasa lucah dan kurang manis mesti dielakkan

4.       Kurangkan ayat berklausa adjektif, adverba atau frasa
5.       Panjang sesuatu perenggan
·         Setiaop perenggan mengandungi ayat topik dan ayat lain
·         Perenggan yang dibina jangan melebihi satu muka surat
·         Lebih baik dalam satu muka surat mengandungi dua hingga tiga perenggan

6.       Gunakan transisi antara perenggan
·         Gunakan perkataan transisi “however”, “as a result” untuk membantu pembaca bergerak dari satu tahap kepada tahap pemikiran yang lain
·         Cara ini melicinkan lagi proses pembacaan

7.       Jauhkan “cliche”
·         Elakkan menggunakan satu perkataan secara berulang kerana membosankan pembaca

8.       Teruskan kepada isi
·         Jangan sesekali menulis secara berbelit-belit
·         Tulis dengan ringkas, jelas dan tepat

TIPS MENULIS ARTIKEL JURNAL


Tips umum

Pertama sekali, anda sebagai penulis perlu mempunyai modal jika anda mahu berniaga. Penulisan artikel adalah buah daripada hasil kajian yang anda lakukan. Oleh itu, anda perlu mewujudkan modal itu dahulu sama ada melalui kajian sendiri, kajian kerjasama dengan organisasi ataupun kumpulan.
Anda juga perlu mengenali bidang kepakaran yang menjadi kekuatan anda seperti sosio linguistik, psikolinguistik, psikologi pendidikan, kurikulum, korpus, kontrastif dan sebagainya. Anda juga mungkin sahaja pakar dalam bidang ekonomi dan juga sains. Namun, bidang-bidang ini juga mempunyai sub-sub kepakaran masing-masing. Anda tidak boleh terlalu tamak kerana anda tidak akan mampu untuk menjadi pakar dalam semua bidang. Penulisan artikel yang berkualiti memerlukan fokus dan penelitian dalam literatur yang melibatkan aspek teori serta aplikasi. Bagi membina penguasaan literatur, ia memerlukan masa dan melibatkan pembacaan serta penelitian yang teliti. Anda mungkin boleh menjimatkan masa dalam perkara ini dengan membuat perkongsian pintar dengan pakar. Mungkin para profesor ataupun pelajar Ph.D dan sarjana boleh memandu anda dalam pembacaan literatur. Anda boleh sahaja memohon bantuan mereka dari segi teori dan literatur, namun anda pula mengepalai kajian aplikasinya.
Perkara ini juga biasa berlaku apabila melibatkan projek kajian yang besar. Seorang pakar dari Amerika Syarikat mungkin akan meminta bantuan kepakaran di Malaysia bagi mengepalai pengumpulan maklumat di bahagian Asia Tenggara yang boleh menyempurnakan satu kajian yang berskala besar. Inilah yang dinamakan sebagai kajian kolaborasi dan suasana menang-menang pun dapat diwujudkan antara para pengkaji. Seorang profesor dalam bidang kejuruteraan mungkin sahaja memerlukan bantuan literatur daripada seorang sarjana dalam bidang perubatan ababila kajiannya melibatkan rentas disiplin ilmu. Dengan cara ini, perkongsian kepakaran akan berlaku dan ilmu juga akan berkembang merentasi bidang.
Anda perlu mengenali tokoh dalam bidang penulisan anda. Perkara ini akan membolehkan anda melihat trend perbincangan dan perbahasan semasa dalam bidang tersebut, mengkaji corak perbahasan yang diterima oleh pihak jurnal serta boleh menjejaki nama jurnal yang menerbitkan artikel tersebut. Anda juga boleh merujuk kepada penulisan tokoh tersebut seterusnya dapat meningkatkan lagi mutu akademik penulisan anda.
Anda juga perlu mengkaji corak penulisan dan trend semasa kajian berkaitan dengan bidang anda. Kajian yang baik belum tentu akan diterbitkan oleh jurnal berimpak tinggi sekiranya perbahasan itu sudah lapuk dan sudah tepu. Ini kerana impak yang mampu dihasilkan adalah kurang kerana pengkaji sudah tidak membincangkan perkara itu lagi.
Anda juga perlu mengenali jurnal yang berpotensi menerbitkan hasil penulisan anda. Jurnal-jurnal berimpak tinggi khususnya yang terindeks dalam ISI Tomson dan SCOPUS sangat menitikberatkan skop penulisan. Sekiranya skop penulisan artikel itu terkeluar daripada skop jurnal, maka ia akan ditolak tanpa diwasitkan.
Binaan sebuah artikel
Sesebuah artikel akademik biasanya terdiri daripada tajuk, abstrak, pendahuluan, metodologi, dapatan kajian, perbincangan, rumusan dan cadangan, penutup dan senarai rujukan. Saya akan membincangkan perkara ini secara umum supaya ia dapat dimanafaatkan oleh semua.
Tajuk
Tajuk artikel haruslah ringkas, jelas dan melambangkan perbahasan utama artikel. Tajuk yang baik seeloknya menarik perhatian ramai untuk membacanya.
Abstrak
Abstrak artikel perlu mengandungi pendahuluan ringkas tentang kajian. Selepas itu, penulis perlu menerangkan objektif utama dan objektif terperinci kajian. Sekiranya objektif itu melebihi dua perkara, penulis boleh mempertimbangkan penggunaan nombor bagi menjelaskan perkara ini. Selepas itu, metodologi kajian perlu dijelaskan dengan terperinci. Ia melibatkan reka bentuk kajian, populasi serta kaedah persampelan. Penulis juga perlu menyenaraikan dapatan kajian secara ringkas mengikut turutan objektif kajian tadi. Penggunaan nombor juga mungkin boleh dipertimbangkan sekiranya objektif itu melebihi dua perkara. Abstrak kajian juga perlu disertakan secara ringkas implikasi kajian terhadap amalan semasa ataupun sumbangan kajian terhadap badan ilmu. Jumlah bilangan perkataan dalam abstrak adalah bergantung kepada jurnal. Ada yang menetapkan tidak melebihi 100 patah perkataan, namun kebiasaannya adalah antara 100 sehingga 300 patah perkataan. Sekiranya bilangan abstrak melebihi atau berkurangan daripada jumlah yang ditetapkan, maka kebiasaannya pihak jurnal akan memulangkan artikel itu kembali kepada penulis untuk diperbaiki. Malah ada jurnal yang menetapkan format tertentu dalam penulisan abstrak. Perkara ini bergantung kepada pihak jurnal.
Pendahuluan
Pendahuluan artikel perlu mempunyai latar belakang kajian serta teori yang mendasari kajian tersebut. Penulis juga perlu menjelaskan kajian-kajian terdahulu yang pernah membincangkan persoalan yang serupa. Ini bagi membolehkan pembaca melihat kedudukan kajian terbaru ini dalam badan ilmu. Seterusnya, penulis perlu membentangkan pernyataan masalah kajian yang mendorong kajian itu dilakukan. Begitu juga, apakah bentuk sumbangan kajian baru ini terhadap badan ilmu secara keseluruhannya. Kemudian, penulis perlu menyatakan persoalan kajian ataupun hipotesis kajian. Nombor mungkin boleh diperimbangkan sekiranya persoalan kajian itu melebihi satu. Kesemua elemen ini harulah diletakkan di bawah pendahuluan dan dibezakan oleh perenggan yang berbeza. Bahagian ini perlu diringkaskan dan biasanya tidak melebihi 3 halaman. Citaton yang cukup perlu dilakukan penulis bagi menunjukkan bahawa penulis telah menguasai literatur secukupnya. Sebaiknya juga segala perbahasan perlulah dirujuk kepada sumber rujukan utama dan bukannya diambil dari sumber yang kedua seperti penulisan tesis dan sebaginya. Sebagai contohnya, jika penulis bercakap mengenai Teori Piaget, maka rujukan sepatutnya menggunakan buku Piaget itu sendiri dan bukannya tesis atau buku orang lain yang datang selepas itu.
Metodologi
Pada bahagian ini, penulis perlu menjelaskan reka bentuk kajian yang digunakan sepeti kajian eksperimen, tinjauan, kajian kes, action research, kajian etnografi, kajian campuran metode (mixed method), analisis dokumen ataupun kajian kepustakaan. Penulis juga harus menerangkan latar belakang populasi, teknik persampelan, jumlah bilangan sampel kajian serta rasional bilangan tersebut, pemilihan responden dan juga lokasi kajian yang terlibat. Selain itu, penulis juga harus menerangkan bentuk-bentuk instrumen yang digunakan, serta teknik kesahan dan kebolehpercayaan instrumen yang penulis gunakan. Bagi kajian kualitatif pula sebagi contohnya, penulis harus menerangkan apakah teknik kesahan yang digunakan seperti teknik kesahan Cohen Kappa dan sebagainya. Sekiranya penulis menggunakan akronim, maksud akronim tersebut perlu dijelaskan. Penulis juga perlu menerangkan bentuk teknik analisis yang digunakan seperti penggunaan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS), Rasch Model, Structural Equation Modelling(SEM) dan sebagainya.
Dapatan kajian
Seeloknya, dapatan kajian perlu disusun mengikut susunan persoalan kajian supaya para pembaca dan penilai dapat mengaitkannya dengan persoalan kajian yang disebut terlebih dahulu. Persembahan data juga perlu mengikut standard jurnal. Kebanyakan jurnal menggunakan standard The American Psychological Association (APA), namun terdapat juga jurnal yang menggunakan format yang lain. Oleh itu, penelitian kepada format penulisan yang digariskan oleh setiap jurnal akan sedikit sebanyak membantu para penulis. Begitu juga, penulis boleh juga melihat contoh artikel yang telah diterbitkan oleh jurnal tersebut bagi mendapatkan gambaran kasar tentang jangkaan pihak jurnal. Bagi data kualitatif pula, terdapat jurnal yang lebih menggemari teknik naratif berbanding teknik persembahan data sebenar. Oleh itu, perkara ini adalah subjektif dan bergantung kepada setiap jurnal. Walaupun begitu, corak persembahan data ini haruslah teliti, jelas dan tersusun.
Perbincangan
Bahagian ini menunjukkan penguasaan penulis dalam membincangkan isu utama penulisan. Seeloknya perbincangan ini disusun mengikut susunan persoalan kajian supaya pembaca dapat fokus dan mengaitkannya dengan dapatan. Penulis perlu membincangkan persoalan kajian secara kritis satu persatu berpandukan dapatan kajian dan ulasan literatur yang mantap. Ia juga perlu disokong oleh teori dan kajian-kajian yang lepas. Seterusnya, penulis harus merumuskan apakah bentuk penemuan baru atau penemuan yang menyokong dapatan terdahulu yang menyumbang kepada badan ilmu dan amalan semasa. Perbincangan perlu ditulis secara sistematik, akademik dan tidak meleret-leret. Setiap pernyataan harus diperkuatkan dengan bukti yang boleh diambil daripada kajian-kajian yang lepas. Elakkan membuat pernyataan secara ‘syok sendiri’ tanpa disertakan buktinya. Apa yang penting, perbincangan seharusnya dalam bentuk yang akademik.
Kesimpulan dan cadangan
Dalam bahagian ini, penulis harus membuat rumusan secara ringkas tentang kajian yang dilakukan dan apakah bentuk sumbangan kajian tersebut kepada badan ilmu. Penulis juga harus mengemukakan cadangan-cadangan baru yang terhasil daripada penemuan kajian yang dilakukan. terhadap keadaan semasa.
Penutup
Dalam bahagian ini, penulis harus mengemukakan secara ringkas tentang kajian yang dibuat, penemuan-penemuan yang penting dan implikasi kajian. Penulis harus mengelakkan diri  daripada membuat citation baru.
Rujukan
Penulis harus memastikan bahawa setiap citation yang dibuat dalam teks harus disebut dalam bahagian rujukan. Penggunaan perisian-perisian tertentu seperti EndNote boleh membantu penulis dalam perkara ini. Senarai rujukan juga perlu ditulis berdasarkan format yang telah ditetapkan. Seeloknya, penulis perlu meluangkan masa untuk membacaGuide for authors yang disediakan oleh pihak jurnal terlebih dahulu. Ini kerana jurnal berlainan menggunakan format yang berlainan pula. Dalam penulisan artikel, penulis perlu memperbanyakkan penggunaan rujukan yang terkini, seboleh-bolehnya 60 peratus terdiri daripada bahan yang berumur kurang daripada 5 tahun daripada tahun artikel itu ditulis. Terdapat juga jurnal yang menghadkan bilangan rujukan bagi setiap artikel. Sebagai contohnya, Gema Online Journal hanya membenarkan penggunaan 30 rujukan bagi setiap artikel yang dihantar.
::PENULISAN CADANGAN PENGAJIAN::


PENDAHULUAN

Menyediakan proposal penyelidikan adalah suatu proses.
 Kepentingan proposal:
 untuk memberitahu kepada pensyarah bidang kajian yang diminati dan
mempengaruhi siapakah penyelia.
 untuk melaksanakan kajian itu bagi mendapatkan hasil yang diingini.
 Menggambarkan bahawa pengkaji bersedia secara independent untuk
membuat kajian dan berupaya membincangkannya secara jelas dan
baik.


PROSES SEBUAH PENYELIDIKAN



  • Idea - Theory - Design/method - Data collection - Analysis - Finding


  • Idea - Design - Method - Data collection - Theory - Analysis - Findings


1. MEMIKIRKAN IDEA
Bagaimana idea untuk membuat kajian boleh muncul?
a. Pengalaman peribadi. (di tempat kerja, sekolah, keluarga, masyarakat)
b. Pengalaman orang lain (berita, penceritaan dan laporan)Idea akan
banyak muncul.
 Dunia adalah medan untuk buat kajian.
 Isu utamanya ialah bagaimana memilih satu tajuk yang bersifat 'researchable'
dan 'investigable'.
 Ada minat, kecenderungan dan kesukaan terhadap topik. Boleh
berbicara tentangnya dalam masa 10 minit.
 Sudah biasa dengan bahan literatur dan perkembangan semasa ilmu
berkenaan. Boleh menyenaraikan buku rujukan dan 'tesis' yang terdapat
dalamnya.
 Ada kehendak untuk menyumbang sesuatu kepada bidang ilmu
berkenaan. Nyatakan sumbangan yang hendak dibuat.



2. MEMIKIRKAN TAJUK
Ramai calon memikirkan tajuk, tanpa memikirkan isu.
 Cara terbaik ialah:
 Menentukan bidang yang diminati sepanjang pengajian.
 Mencari isu-isu dalam bidang yang diminati.
 Bagaimana mencari isu yang akan membina tajuk?
 Membaca sebarang dapatan atau persoalan atau prospek kajian
dalam artikel jurnal kertas kerja.
 Timbul persoalan dalam media.
 Perbincangan dengan pensyarah.
 Tentukan „bidang besar‟, kemudiannya „domain.‟ Bidang besar seperti
„undang-undang tort‟. Domainnya, „kacau ganggu.‟
 Menulis tesis adalah suatu perjuangan. Apa perjuangan kita?


3. MEMBINA PENGENALAN

Kandungan pengenalan mestilah menarik minat penilai. Daripada
pengenalan, penilai terus tahu rangka kerja (framework) yang hendak
dibincangkan.
 Pengenalan mestilah jelas dan terus berkaitan dengan topik, bukannya
menerawang.
 Maklumkan kepada pembaca tentang kajian yang akan dibuat, kenapa ia
penting dan sesuai pada masanya.
 Gambarkan trend, utamakan yang terdahulu berbanding yang
terkemudian.
 Terus nyatakan maksud dan tidak melalut. Jika boleh, visualkan sebarang
konsep yang kompleks atau proses yang berkaitan.
 'Pengenalan' mesti berkesinambungan dengan 'Permasalahan Kajian'



4. PERMASALAHAN KAJIAN
Bahagian paling analitikal dalam proposal.
 Istilah lain: Problem Statement + Research Questions.
 Permasalahan kajian adalah isu yang timbul yang ada disebut dalam
literatur, teori, atau amalan yang memerlukan kajian dibuat.
 Ia perlu menjawab soalan, “MENGAPA KAJIAN INI PERLU DIBUAT?” @
“APA MASALAHNYA SEHINGGA TERPAKSA DIKAJI?”
 Hanya menerusi pembacaan sahaja boleh mengetahui masalah kajian
dalam sesuatu bidang.
 Apa yang perlu dibaca? Artikel jurnal dan kertas kerja seminar: kerana ia
membincangkan situasi dan status sesuatu isu pada ketika itu.
 Setiap permasalahan: perlu dicatatkan dalam bentuk peta minda ataupun
point form. Agar kita faham struktur sesuatu masalah.

Kaedah mengarang:

 Wujudkan kesinambungan dengan merumuskan 'Pengenalan'.
 Bahagian ini perlu jelaskan lebih lanjut & tajamkan matlamat & rasional
kajian ini dibuat.
 Setiap satu masalah perlu digambarkan dalam bentuk:
 Nyatakan masalah dalam satu tajuk kecil.
 Perincikan masalah berasaskan tinjauan literatur
 Nyatakan ‘sumber’ yang menyokong kewujudan masalah..
 Nyatakan ‘persoalan kajian’ yang terbina daripada masalah ini.
 Setiap satu ‘permasalahan kajian’ mestilah membina satu objektif kajian.



5. OBJEKTIF
Daripada permasalahan kajian, kita membina objektif. Ini bermakna,
objektif mestilah berakar umbi dari permasalahan kajian yang
dibincangkan.
 Tujuan objektif ialah untuk memberitahu mengapa kajian ini dibuat dan
matlamat yang hendak dicapai.
 Objektif juga akan memandu kepada pengkaji untuk membina bab
penulisan secara berstruktur. Setiap objektif perlu ada bab yang
menjawabnya.
 Objektif mesti dicapai dalam perbincangan kajian dan dikupas dalam
rumusan untuk membuktikan ia telah dicapai.
 Sekiranya antara permasalahan kajian – objektif – bab tiada sebarang
perkaitan dan berterabur, kajian itu ditulis dengan cara yang tidak tepat.



6. PENENTUAN KAEDAH PENYELIDIKAN
Pelajari dan pastikan kita memilih kaedah yang betul untuk sesuatu bidang
kajian. Contoh: untuk mengkaji keberkesanan sesuatu perundangan, apakah
metodnya?
 Cara untuk tahu, hendaklah membaca buku panduan metodologi yang khusus
untuk bidang itu. Contoh: Kalau muamalat, baca buku Research methods in
Banking and Finance. Undang-undang = legal research.
 Kaedah pengumpulan data utk kualitatif.
 Analisa kandungan (bukannya kajian kepustakaan)
 Temubual mendalam (semi-struktur @ struktur sepenuhnya)
 Pemerhatian
 Kaedah analisa data: contohnya: menggunakan perisian analisa.
 Pendekatan: historis, analatikal, deskriptif dan lain-lain.
Contoh:
 Kajian ini adalah kajian kualitatif menggunakan kaedah analisa kandungan dan
juga temu bual mendalam separa-struktur.
 A. analisa kandungan
 Mengkaji dan menganalisa pandangan ulama 4 mazhab berkenaan…
 Kajian menganalisa perbandingan pendapat ulama, dalil pegangan mereka, cara mereka
memahami dalil dalam kitab usul fiqh, kitab fiqh, kitab fatawa,
 Dalam menganalisa kefahaman hadis, kajian merujuk kepada kitab syarah hadis dan juga kitab
takhrij seperti…
 Dalam menganalisa tafsiran ayat al-Quran, kajian merujuk kepada kitab yang menyentuh ayat
Ahkam seperti… dan kitab tafsir seperti …
 Kajian merujuk kepada fatwa semasa berkenaan isu berkaitan …
 B. Temu bual Mendalam Separa Struktur
 Kajian akan membuat temu bual mendalam kepada 10 orang hakim Mahkamah Tinggi Syariah
berkenaan… 10 Hakim dipilih kerana… Soalan-soalan berbentuk separa struktur menyentuh …


7. SKOP KAJIAN

 Membuat skop kajian agar:
 Kajian tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil.
 Mengurangkan kritikan terhadap hasil kajian.
 Skop yang boleh dibuat:
 Menghadkan sampel dalam temu bual ataupun borang soal selidik.
 Menghadkan kumpulan sasaran kajian.
 Setiap skop perlu bincangkan rasionalnya secara ringkas.


8. KEPENTINGAN KAJIAN

Jelaskan bagaimana kajian yang akan dibuat boleh menghalusi, menilai
semula atau mengembangkan ilmu dalam bidang kajian.
 Sumbangan itu perlulah menyentuh substantif ilmu itu, teori atau
metodologikal.
 Pastikan ada sumbangan kepada pihak yang terlibat dengan bidang
kajian seperti agensi kerajaan, pihak profesional dan negara.
 Bincangkan sejauh mana kajian kita ini boleh mempengaruhi pembentukan
polisi, perundangan, amalan, teori, kaedah dan kerja-kerja penyelidikan
pada masa akan datang.


9. SOROTAN LITERATUR

Memahami cara yang betul dalam membuat tinjauan literatur. Mestilah
berkaitan dan relevan dengan perkara yang ingin dikaji.
 Apa yang hendak ditinjau:
 Perkara yang sudah dibangunkan oleh sarjana lalu dalam sesebuah teori
ataupun persoalan.
 Kritikan sarjana terhadap kerja penyelidikan sarjana lain.
 Kepentingan membuat tinjauan literatur:
 Mendalami perbincangan intelektual para sarjana berkenaan isu itu.
 Memastikan tiada duplikasi dan ciplak pada hasil kajian.
 Menunjukkan adanya nilai kesarjanaan dan novelty.
 Apabila sudah menerangkan, maka di akhir kesimpulan kita membuktikan
kajian kita adalah perlu dan relevan kerana persoalan yang kita bawakan
masih belum dijawab oleh mana-mana sarjana.


1O. MENYUSUN BAB

 Setiap bab mestilah menjawab permasalahan kajian dan objektif.
 Susun bab mengikut setiap satu permasalahan kajian dan objektif.
 Disertasi yang lemah ialah apabila penilai tidak dapat memastikan
apakah setiap bab telah menjawab setiap objektif secara teratur.
 Setiap bab mestilah berkaitan. Mencabut salah satu bab, akan
mencacatkan disertasi. Sekiranya tidak terkesan, maksudnya disertasi itu
bermasalah.


11. MENYUSUN RUJUKAN

Ada perbezaan antara rujukan (referrence) dan bibliografi.
 Memandangkan tajuk dan masalah kajian telah diperolehi, maka kita
sudah boleh menyenaraikan rujukan yang akan digunakan. Rujukan juga
mestilah yang berkaitan dengan tinjauan literatur yang dibuat.
 Manfaatkan teknologi. Susun rujukan agar mudah diakses dan dicari.
 Perlu ada satu kaedah untuk mengumpul dan memproses bahan rujukan.
Bukan sekadar fotostat dan simpan.
 Sesuatu rujukan mungkin relevan untuk banyak sub topik. Maka, perlu
dipisahkan dan dimasukkan ke dalam ‘folder’ yang berkaitan.
 Semakin banyak rujukan, semakin menggambarkan kita faham dalam
perkara yang dikaji.
 Pastikan format diikuti.


PANDUAN UMUM

Bacalah proposal terdahulu yang dibuat oleh calon sebelum kita. Agar kita boleh buat penilaian sama ada kelebihan atau kekurangannya, dan juga, kebaikan dan
kelemahannya.
 Cara: baca bab 1 setiap disertasi yang telah siap dijilid.
 Sediakan diri dengan PROPOSAL ataupun OUTLINE IDEA sebelum bertemu dengan
penasihat akademik ataupun penyelia.
 Sentiasa memperbaiki proposal sedia ada. Dapatkan komentar daripada para
pensyarah pelbagai bidang untuk melihat dari sudut berbeza.
 Memahami fungsi pensyarah yang menjadi penasihat akademik. Bincangkan
proposal dengan sikap terbuka untuk menerima kritikan dan cabaran.
 Bersedia untuk perubahan pada bidang proposal. Ada kalanya disebabkan
beberapa faktor seperti kualiti proposal, area studies yang sudah banyak dibuat
dan juga geran penyelidikan.
 Jangan melakukan jenayah akademik! Seperti meniru bulat-bulat dalam buku atau
tesis orang lain dengan menyalin footnote.
 Sediakan diri untuk menguasai bahasa selain Melayu.